Jerusalem- 1987
Ini merupakan antara salah satu virus MS-DOS yang terawal dalam sejarah dan telah mengakibatkan malapetaka yang besar dimana kesannya dapat dilihat di kebanyakan negara, universiti dan syarikat yang besar. Pada Jumaat 13 1988, virus ini berjaya merebak ke beberapa institusi di Eropah, Amerika dan Timur Tengah. Virus ini secara tak sengaja(?) digelar “Jerusalem” selepas menyerang salah satu lokasi di timur tengah- University Jerusalem.
Morris a.k.a “Internet Worm”- November 1988
Virus ini telah menjangkiti lebih kurang 6000 sistem komputer di US termasuk Lembaga kajian Nasa yang telah berjaya dilumpuhkan buat seketika pada suatu masa dahulu. Kerana kod yang tidak menentu, worm berjaya menghantar berjuta-juta salinan dirinya ke komputer dalam rangkaian yang berbeza dan berjaya melumpuhkan kesemua sumber network. Kerosakan yang disebabkan oleh virus komputer Morris dianggarkan mencapai $96 juta.
Solar Sunrise- 1998
Satu dekad kemudian, situasi tetap tidak berubah malah menjadi lebih teruk. Menggunakan virus komputer, hacker, pada tahun 1998, menembus dan mengambil alih lebih dari 500 sistem komputer milik tentera, sektor kerajaan dan swasta US. Kesemua situasi digelar Solar Sunrise selepas kerentanan popular di komputer yang menjalankan sistem ooperasi yang disebut sebagai Sun Solaris. Awalnya serangan itu dipercayai dirancang oleh koperasi di Iraq. Tetapi akhirnya insiden tersebut telah terbongkar dan ia merupakan karya dua orang remaja Amerika dari California. Selepas serangan yang berlaku, Jabatan Pertahanan US mengambil tindakan drastik untuk mengelakkan insiden yang sama di masa hadapan.
Melissa- 1999
Buat pertama kali dunia pengkomputeran di perkenalkan dengan virus komputer terbaru yang digelar ‘Melissa’ pada 26 Mac 1999, ketika virus tersebut mematikan sistem mel internet, dimana ia disekat dengan e-mel yang dijangkiti dengan worm.
Virus komputer Melissa ini dibangunkan oleh David L. Smith di Aberdeen Township, New Jersey. Setelah diberkas, David dijatuhkan hukuman 20 bulan penjara persekutuan dan diperintahkan untuk membayar denda sebanyak $5000. Penangkapan David telah diwakili oleh kolaborasi FBI, New Jersey State Police dan Monmouth Internet.
I Love You- Mei 2000
Menggunakan kaedah yang serupa seperti Melissa, virus yang digelar ‘I Love You’ ini berjaya menjangkiti berjuta-juta komputer di seluruh dunia dalam satu malam sahaja! Tapi akhirnya pencipta virus ini berjaya dikesan. Penciptanya adalah seorang mahasiswa berwarganegara Filipina. Mahasiswa tersebut dibebaskan kerana Filipina tidak mempunyai undang-undang untuk mencegah hacking dan penyebaran Malware.
Code Red Worm- Julai 2001
Ini merupakan virus komputer pada abad ke-21 yang berjaya menembusi puluhan ribu sistem yang menjalankan Microsoft Windows NT serta perisian Windows 2000 Server. Kerosakan yang disebabkan oleh virus komputer Code Red dianggarkan mencapai jumlah kesuluruhan $2 Billion.
Nimda- 2001
Tidak lama selepas tragedi 11 September, virus ini menjangkiti beratus ribu komputer secara meluas. Nimda telah diklasifikasikan sebagai salah satu virus yang merumitkan kerana ia mempunyai 5 cara untuk menjangkiti dan memusnahkan sesebuah komputer itu. Berasal dari perkataan “Admin” yang diterbalikkan menjadi “Nimda”.
Downadup- 2009
Yang terbaru dan berbahaya ini merupakan “Downadup worm” juga dikenali sebagai “Conficker”. Syarikat keselamatan komputer, F-Secure mencatakan bahawa virus ini telah menjangkiti 3.5 juta komputer di seluruh pelusuk dunia. Program malicious ini berupaya untuk disebarkan melalui “Patched Windows Flaw”. F-Secure juga menyatakan bahawa terdapat tiga negara yang paling banyak terkena impak virus ini iaitu, China, Brazil dan Rusia.


